Friday, 6 January 2012

Makanan kegemaran Nabi ♥




"MAKANAN YANG HALAL UNTUK MINDA YANG CERDAS" - Wah , berslogan lg tuw entry Farah kali neyh . Fuhh ~ For the 1st time update blog tgh+ mlm buta neyh . Sekali sekala jd burung hantu . HOHO . 


Back to the topic . Ehe ~ Kali ney Farah nk gtaw korank makanan kegemaran Nabi junjungan kita - Nabi Muhammad S.A.W ;) 

Antara makan kegemaran beliau adalah :: 


  • Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
  • Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan .
  • Buah Tin – Buah dari syurga . Boleh mengubati buasir .
  • Anggur – Nabi suka buah anggur . Ia membersihkan darah , menguatkan buah pinggang , membersihkan perut .
  • Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat . Mengubati cirit - birit jika dibancuh dengan air panas , membuka selera , menguatkan perut , membuang kahak . Elok diminum pada waktu pagi dengan air suam .  
  • Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya . 
  • Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi . Menguatkan belakang , memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata , membuang kelupaan .
  • Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
  • Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut . Melambatkan penuaan , merawat radang perut .
  • Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari .
  • Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali) 
  • Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


Selamat Beramal 



0 comments:

Post a Comment